This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday 17 July 2011

Berkomunikasi dgn Roh Idofi anak yang tidur

Dulu orang tua2 selalu ajar kalu nak anak ikut cakap ,tak degil ,nak suruh dia jadi apa bila dia besar nanti bercakap kat ubun2 anak ketika

dalam keadaan mamai tu,nanti dia akan perlahan-Lahan berubah ikut apa yang kita nak..

Kaedah yang aku nak ijazahkan ni berlainan, boleh cakap ketika anak tidur

nyenyak..Dan dalam keadaan tidor nyenyak tu,roh idofi anak kita

Akan beri isyarat yang dia mendengar apa yang kita cakap..ketika anak telah beri

isyarat bisik la apapun pada dia, insyAllah dia Akan taat

Dan patuh..tap kalu anak dalam badan Ada saka susah sikitla nak dengar ckp kita..


Kaedahnya begini...

1-Shahadat..

2-Bismillah

3-selawat..

Kemudian amik jari tengah kita perlahan-lahan........

Jari tengah kanan dan letakkan perlahan-lahan di pusat anak,perlahan2 ye ,jgn smpai

anak tersedar tau...

Kemudian bagi salam pada roh anak 'assalamualaika hai roh nama anak binti mak....

Sekiranya ......dengar, gerakkan jari/ or gerakkan kelopak mata....bergantung pada

apa yang kita nak ..

InsyAllah anak akan bereaksi...adakalnya apabila kita menyuruhnya menjadi budak

baik,taat ayah,taat agama...anak kita akan mengangguk-angguk dalam tidor..

Ketika tido,roh hakiki keluar, roh idofi tinggal di badan,ramai yang panggil roh

idofi ni nyawa.....

PETUA DARI Pusat Rawatan Ruhaniah

Cara Untuk Merawat Kerasukan

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Kali ini kita akan berbincang mengenai sebuah cara bagaimana untuk merawat orang yang kerasukan makhluk halus ni. Halus tol makhluk tu kan. Tapi bukan la yang bermaksud kuman, bakteria dan juga virus yah.
Biasanya kerasukan je, mesti yang kena rasuk tetiba suara garau, jadi kuat cam badang, 10 orang tahan rileks je boleh lolos, siap lari pakai selipar lagi. Pastu mata pandang siling cam undertaker slalu wat tu. Kadang2 asyik bunyi errr, errr, errr..
Then, mula la orang kalut2 suh tahan la, kunci kaki orang yang kena rasuk la, backhand muka dia la kasi lemah. Tumbuk perut dia kasi dia senak tak bermaya la. Pastu orang yang tak kena rasuk lak jerit2 suh itu ini. Kadang2 jerit lagi kuat dari orang kena rasuk. Jeles makhluk halus tu.
Ok la, jom kita tengok camne cara nak halau diorang yang kerasukan yang asyik jerit argh argh, yeah yeah ni :-
Sediakan air mineral yang RM 1 tu. Air RO tak main la. Air mineral tu baru la berisi sket
Pastu baca fatihah ya. baca dengan kool, cam takde pape jadi.
Pastu baca ayat kursi. Baca dengan rileks jer
Baca lagi ayat 1 sampai 6 surah Jinn
Dah tu, usahakan kasi dia minum, kalo asyik dok meronta2 tu, korang patahkan je leher yang kena rasuk tu. Dah patah tak leh la nak goyang2 kan? So baru la korang leh masukkan air dalam mulut dia.

Perubatan Al Quran

Bismillahirrahmanirrahim
perubatan islam,perubatan tradisional, perubatan alternatif, al quran penyembuh, penyembuhan melalui surah al quran
Dengan nama ALLAH, pak cik mulakan sedikit bicara ilmu kita. Pak cik sekarang lihat, banyak da dan macam macam penyakit yang pelik pelik melanda dunia sekarang ni. AIDS la, H1N1 la, Tibi la, selesema burung la, selesema babi la dan dsb. DSB ini menunjukkan terlalu banyak penyakit penyakit baru yang berevolusi di zaman post Cold war ni.. Amik ko da cakap style budak strategik da ni.
Allah da bagitau da, AL Quran ni syifa kepada manusia. Kalo ALLAH da bagitau tu, betul la tu. Cuma kita tak tau mana satu ayat ayat yang boleh dibuat penyembuhan. Jadi posting kali ini sedikit sebanyak akan mendedahkan serba sedikit ayat atau surah al Quran yang boleh digunakan untuk perubatan. So, sebelum jumpa doktor dan hulurkan duit kat diorang, adalah baiknya test dulu perubatan al Quran ni. Tak salah kan ?
  • Tiga ayat pertama dari Surah AL Imran, untuk kesihatan tubuh badan secara am
  • Ayat ke 28 surah ar Ra’du untuk menyembuhkan penyakit jantung
  • 3 ayat terakhir dari surah Al Hijr untuk perempuan yang selalu keguguran
  • Baca 7 kali ayat 130 dari surah As Syuara untuk menawarkan gigitan bisa
  • Baca surah al Ankabuut untuk menyembuhkan demam
  • Baca surah Lukman untuk menghindarkan apa apa penyakit yang datang dari perut
  • Baca 3 kali ayat 19 surah Al Waqiah lalu dihembuskan ke kepala pesakit yang menderita sakit kepala
Alhamdulillah, agar perkongsian ini dapat memberi manafaat. Jadi pak cik tutup posting kali ini dengan sebuah peribahasa ..
“AN APPLE A DAY, KEEP DOCTOR AWAY ”
“AN AL QURAN A DAY, KEEP HOSPITAL AWAY “

Ilmu Mengesan Pelaris Atau Sihir Racun

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum? Sehat?.. Satu dialog biasa yang mungkin orang da boring dengar setiap kali ada je post baru. Ari ni pak cik nak sentuh sikit pasal pelaris dengan sihir racun dalam makanan ni. Pelaris ni, bagi yang tak tau, digunakan untuk memajukan perniagaan, even barang dia cokia, orang still beli, pelaris la katakan.
Senang cite kita wat contoh gini, korang nak beli enset, tiba2 je amoi cun fuh meletup yang terangkan pasal enset tu. Goyang korang. Akhirnya, korang beli gak walaupun korang tak faham ape function dia.
So kat sini pak cik nak berkongsi ilmu nak detect pelaris, sebelum kena baik kita hindarkan :-
  1. Fatihah 1kali
  2. Ayat Kursi 1 kali
  3. Surah Quraisy 1 Kali
  4. Surah Ikhlas 3 kali
  5. Ayat Penggerak 3 kali
Baca sebelum keluar rumah, dan keluar dengan langkah kanan dengan menyebut Bismillahi Tawakkaltu Ala ALLAH La Hau La Wa La Quata Illa Billahil A liyyil Azim
  
Masa nak melangkah masuk dalam majlis tu, langkah dengan kaki kanan dan baca :-
  1. Surah Quraisy 1 kali
  2. Innallaha Qawiyyun Aziz 3 kali
  3. Ayat Penggerak 3 kali
So, tanda tanda nya korang akan rasa bila korang sampai dekat area tu, seperti loya nak muntah cam orang mengandung, tak pun dengar bunyi pinggan pecah. Kalo ada tanda ni.. baik korang cabut… nanti korang terkena pelaris kang, tak pasal2 korang beli henset yang korang sendiri tak reti guna :)
Lupa lak, ni ayat penggerak tu :-

Salam :)

Amalan Menyembuhkan Kencing Manis

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ni pak cik akan berkongsi mengenai sebuah keilmuan perubatan bagaimana untuk menyembuhkan kencing manis. Rasa dah lama pak cik tak buat posting mengenai ilmu perlindungan ghaib kan :)
Senang sahaja tatacaranya… Kita terus straight to the point sebab pak cik tak banyak masa ni, lantaran banyak kerja kerja askar yang perlu pak cik setelkan…
  • Amik air hujan yang turun pada malam jumaat. Ini korang kena cari la hujan malam jumaat..  Pastikan hujan tu turun direct dari langit
  • Solat hajat 2 rakaat minta disembuhkan penyakit kencing manis atau darah tinggi
  • Baca ayat kursi 70 kali
  • Inna anzalna 70 kali
  • al ikhlas 70 kali
  • al falaq 70 kali
  • an nas 70 kali
  • Subhanallah Walhamdulillah Wa La ila ha Illa ALLAH Akbar 70 kali
  • selawat 70 kali
Air mesti diminum pagi dan petang, dan hari terakhir mestilah waktu hari khamis petang minggu akan datang

PETUA Ilmu Pagar Laut (pagar rumah dengan Laut)

Ilmu Pagar Laut

4Share  

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Da lama da pak cik dok tengok kategori ilmu perlindungan diri. Suram sepi je. Da berlabah2 pak cik tengok sebab lama tak update. Hari ni, pak cik sambung lagi satu..
Ilmu memagar ni banyak caranya. Sebenarnya terdetik untuk post ilmu pagar laut ni sebab ada antara komen yang tanya pasal ilmu pagar ni. So, pak cik da post ye :) … Terima kasih kepada junjungan.wordpress atas ilmu ni. Korang leh gie sana ushar2.
Sebenarnya banyak ilmu pagar ni. Ilmu pagar api, pagar laut, pagar hutan.. Tu semua tertakluk pada jenis pagar tu. Kalo pagar api,. penceroboh akan berasa dia dalam kawasan kebakaran. Kalo pagar hutan, tetiba je penceroboh rasa dia cam kat hutan pahang, kalo pagar laut, tu yang korang tengok ada orang kuak lentang kat atas meja dapur korang tu. Kira da sampai ke pulau la tu. Nasib takde pagar karen je. CUba korang bayang kalo pagar karen camne. Tak dapek pak cik nak cito haa..
Ok, pertama sekali, korang kena ada Air Yassin. Isi dalam botol, baca Yassin, ala macam la korang tak tau buat air Yassin orang tahlil tu.
Da ada air Yassin?. Ok.. korang kena cari teras kayu asam jawa. Korang tak tau tanya la orang jual sayur, teras kayu asam jawa. Da ada teras kayu tu, amik la garam 60 sen.
  
Semua bahan da ada kan?. Pertama sekali korang kena mula dengan belah kanan depan rumah. Nak tentukan kanan mudah je, kat mana pintu ko mengadap kat situlah korang punya kanan. OK, korang kena diri selari dengan arah pintu rumah korang dan amik kanan pintu rumah korang, bukan kanan korang ok?
Nak wat pagar mesti la 4 penjuru kan?. So bermula dengan kawasan kanan atas, korang tanam teras kayu tu sampai tenggelam dalam bumi. Korang pacak dan ketuk ngan tukul besi sampai terbenam.
Kemudian korang bergerak ke penjuru kedua. Tiup tempat penjuru yang nak dituju, baca bismillah, fatihah dan ayat Yassin sampai ayat 9 dan ayat ni :-
Ini Tembok Nabi Sulaiman
Luarnya Kota Dalamnya Laut
Kalau Kamu PEcah Kota ini
Kamu Akan berenang dalam laut
ayat jampi ni korang baca bila korang nak menuju ke [penjuru baru. Kiranya korang kanan tadi kan, korang nak bergerak ke penjuru kiri. Korang mengadap ke arah penjuru kiri tu, dan baca mantera tu. Kemudian baru korang tiup dan baca bismillah fatihah dan juga ayat yassin sampai ayat 9.
Korang baca berulang2 bismillah fatihah dan 9 ayat yasin tu sambil renjis air yassin tu sampai ke penjuru baru. Dan korang ulang semua sampai korang balik ke penjuru asal.
Bila sampai penjuru asal, korang buat bulatan yang mengelilingi teras kayu tu dan korang tabur garam dalam bulatan tu. Dan korang buat kat semua teras kayu .
Yang pusingan kedua ni, untuk membuat perlindungan dari atas. Tadi yang tanam teras tu untuk bahagian darat, yang garam untuk udara. Mana la tau ada pencuri guna helikopter masuk rumah korang :)

ikhsan dari : berkatrezeki.com

Monday 4 July 2011

Bagaimana

Thursday, 30 June 2011

Serius Cool - Bagaimana Menimbulkan Semula Pesawat Pejuang Dari Dasar Laut (12 Gambar)


Ini amazing!

Sebuah pesawat Dessault Mirage 2000 milik Tentera Udara Greece terhempas kedalam Lautan Aegean ketika melakukan latihan 9 Jun lalu. Pesawat tempur dua tempat duduk ini dikatakan mengalami kerosakan enjin sejurus sebelum ianya terhempas. Kedau-dua orang juruterbang dan WSOnya (Weapon Systems Officer) terselamat selepas menggunakan sistem kerusi lenting. Pesawat ditemui pada kedalaman 75 meter dan ianya ditimbulkan semula untuk siasat dan baik pulih pada 24 Jun yang lalu. Ini adalah set gambar yang aku anggap amat jarang sekali kita lihat. Aku biasa melihat pesawat perang dunia kedua diselamatkan setelah bertahun-tahun terhempas tetapi pesawat moden jarang sekali. JIka anda nak tahu harga sebuah pesawat Mirage 2000 ini ialah USD 23 juta. Aku yakin airframe pesawat ini sudah tak boleh diguna lagi dan selapas diselamatkan mungkin akan di cannibalised sebagai parts sahaja. RIP

p/s : I did more digging and yes it was 75 meter. By the way I fixed the date. Thank u for spotting them people!






Sunday 3 July 2011

Sastewan negara gesa para intelektual buat pendirian

Bersedia menghadapi kemungkinan ditangkap ketika hambatan terhadap penyokong BERSIH 2.0 semakin meningkat, Sasterwan Negara, Datuk A Samad Said menggesa para intelektual supaya berhenti menjadi 'carma' tetapi berani membuat pendirian terhadap kekejaman dan ketidakadilan.

NONEBeliau mencipta istilah 'carma' itu - singkatan kepada 'cari makan' -
semasa pelancaran buku kartunis dan penulis satira politik, Zunar di ibunegara malam tadi.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata penulis jarang membuat pendirian dan kebanyakan mereka adalah 'carma'.

Tegasnya, sikap mereka yang tidak bersedia membuat pendirian tersebut mengakibatkan kejahatan berkembang dan merebak.

Pak Samad kemudiannya mensasarkan kritikannya terhadap editor media arus perdana yang memburuk-burukkan perhimpunan 9 Julai anjuran BERSIH 2.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Bagi media arus perdana, katanya, BERSIH adalah kotor.

NONEPak Samad berkata, beliau juga terkejut mengapa wartawan yang berpengalaman dan memenangi anugerah di sana-sini, boleh memburukkan BERSIH.

Berucap kepada kira-kira 250 hadirin yang memenuhi auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Pak Samad berkata beliau tahu wartawan tersebut adalah dari kumpulan 'carma'.

Bagaimanapun, katanya, nasib baik masih ada sebilangan kecil penulis yang berani membuat pendirian kerana tahu Bersih adalah bersih.

NONEMajlis pelancaran buku Zunar itu - di mana Pak Samad dan ahli
parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diundang sebagai tetamu khas - diadakan beberapa jam selepas polis menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Walaupun mereka yang hadir, termasuk bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan anggota exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, tidak berpakaian kuning, tetapi ramai yang memakai ikat tangan kuning untuk menyatakan sokongan mereka kepada BERSIH 2.0.

Seorang lelaki Cina dilihat memakai baju-T BERSIH yang diharamkan di bawah kain putih. Dia hanya menunjukkan baju-T kuning itu ketika bergambar dengan Pak Samad dan Zunar.
:sumber malaysiakini.com Jul 3, 11 2:06pm

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites